• Logo
  • Logo
  • Logo

Modul Seminar Solat

"Solat Yang Sempurna Membentuk Sikap Yang Mulia"
Sejarah Solat

Sejarah Solat

Sebagai ibadah yang paling tua di dalam Islam, peserta diajak untuk menghayati bagaimana permulaan dan mengapa perintah menunaikan solat yang diturunkan semenjak Nabi Adam AS ini begitu penting di dalam kehidupan seorang Muslim.

Rukun Solat

Rukun Solat

Terdapat 13 rukun solat yang sering dilalaikan oleh umat Islam. Peserta akan diberi penekanan mengenai peri pentingnya untuk mengetahui dan menekuni kesemua rukun solat ini agar solat yang dikerjakan sah dan diterima oleh Allah.

Praktikal Bacaan

Praktikal Bacaan

Al Fadhil Ustaz Don Daniyal akan memimpin peserta secara praktikal bacaan Surah Al-Fatihah dengan memperincikan hukum-hukum tajwid serta bagaimana sebutan yang betul agar kesalahan umum dalam bacaan Al Fatihah dapat dielakkan.

Praktikal Solat

Praktikal Solat

Sesi ini amat mengujakan kerana Ustaz Don Daniyal sendiri akan mendemonstrasi kepada peserta secara live cara solat yang betul. Feedback yang diterima dalam siri seminar sebelum ini menunjukkan peserta tidak tahu, suka dan lega selepas mempelajari praktikal solat.

Solat Ketika Sakit

Solat Ketika Sakit

Tidak ada "excuse" untuk solat bagi setiap Muslim kerana solat bukanlah suatu bebanan. Tetapi bagaimana untuk solat ketika sakit? Tangan melecur, kaki disimen, terlantar di hospital. Usah risau. Ustaz Muhadir Joll akan memberi pencerahan cara mengerjakan solat ketika sakit.

Solat Ketika Musafir

Solat Ketika Musafir

Jika terdapat rukhsah solat untuk orang sakit, bagaimana pula dengan orang yang bermusafir? Atau mereka yang suka travel seperti backpackers? Atau mereka yang selalu "outstation" atau ketika balik kampung? InsyaAllah persoalan ini akan dikupas oleh Dr Mohd Izhar Ariff

KENAPA PERLU HADIR?

KENAPA PERLU HADIR?

1) Memberikan kesedaran kepada para hadirin tentang kepentingan mendapatkan solat yang sempurna dan khusyuk supaya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
2) Belajar bagaimana praktikal solat ketika sakit.
3) Memberikan kefahaman kepada para hadirin tentang bacaan-bacaan yang dilafazkan di dalam solat serta penghayatan mengenainya.
4) Melahirkan masyarakat yang mengambil berat tentang solat yang merupakan tiang agama dalam diri seseorang Muslim dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan solat yang sempurna.
5) Memberikan penjelasan dan pemahaman yang jelas serta baik kepada para hadirin tentang pengertian solat yang sempurna.

Barisan Penceramah

Seminar Solat kali ini menampilkan ikon agamawan dan personaliti terkenal negara iaitu:
Prof Dr Muhaya Muhammad
Prof Dr Muhaya Muhammad
Eye Specialist / Public Figure
Ustaz Don Daniyal
Ustaz Don Daniyal
Selebriti TV AlHijrah
Ustaz Ahmad Dusuki
Ustaz Ahmad Dusuki
Penceramah Bebas
Dr Mohd Izhar Ariff
Dr Mohd Izhar Ariff
Pensyarah Kanan UKM
Ustaz Muhadir Haji Joll
Ustaz Muhadir Haji Joll
Bekas Pensyarah UIA PJ

Apa Kata Mereka?

Hampir 3000 peserta telah hadir dan setia hingga ke akhir seminar.

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bersama 5 Orang Ikon Ini. Tiket cuma RM100 untuk *pelajar dan RM120 untuk orang awam.